Bahagian dalam ucapan baginda diinterpretasikan oleh pengkaji,

Bahagian II

 

Integriti dapat membendung
rasuah

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Dalam ucapan baginda, Sultan
Nazrin Shah bertitah bahawa “rasuah adalah ragi perosak, pemusnah integriti”.
Baginda menggunakan gaya bahasa perlambangan dalam frasa “rasuah adalah ragi
perosak”. Menurut kamus dewan edisi keempat, ragi lazimnya merujuk kepada
mikro-organisma (bakteria atau kulat) yang menyebabkan berlakunya proses
fermentasi dalam pembuatan tapai. (animhosnan.blogspot.my) Diksi rasuah dalam
ucapan baginda diinterpretasikan oleh pengkaji, sebagai sesuatu yang sangat
penting bagi berlakunya proses kemusnahan integriti, sebagai mana pentingnya
bakteria atau kulat dalam pembuatan tapai. Baginda dengan bijaknya menggunakan
diksi ragi bagi menggambarkan kepada pendengar, bahawa rasuah merupakan satu
titik permulaan dalam proses pembuatan tapai dan produk akhir yang akan
didapati bukannya tapai tetapi kemusnahan integriti. Ayat tersebut juga turut
membuktikan bahawa tuanku memandang rasuah ini sebagai musuh ketat integriti.
Seseorang yang mempunyai nilai integriti yang tinggi tidak akan
sewenang-wenangnya menerima atau menghulurkan rasuah. Perkara ini juga selari
dengan apa yang turut dikatakan oleh Presiden Transparency International Malaysia (TIA), Datuk Akhbar Satar
menyifatkan bahawa penyebab utama berlakunya rasuah dalam negara ini adalah
kerana ketiadaan integriti.(sinarharian) Rasuah merupakan sesuatu perkara yang
tidak patut diambil mudah, kerana rasuah boleh musnahnya kehidupan seroang
individu, kerana rasuah boleh musnahnya sebuah masyarakat, kerana rasuah
jugalah bergolaknya sebuah negara. Rasuah berlaku apabila seseorang meletakkan
kepentingan diri sendiri lebih daripada harga yang perlu dibayar oleh orang
lain. Integriti dapat menghalang berlakunya rasuah dengan menerapkan
sikap-sikap ketelusan semasa melakukan tugas.

 

Apa yang lebih membimbangkan
adalah mengikut statistik Tangkapan Tahunan 2017 yang dikeluarkan oleh SPRM,
lebih daripada 878 kes rasuah yang berlaku dan bakal dibawa ke mahkamah, angka
ini jauh lebih rendah daripada kadar keseluruhan yang berlaku di Malaysia
kerana angka tertera tidak termasuk kes-kes rasuah yang telah berlaku tetapi
tidak dilaporkan oleh masyarakat setempat dan juga kes-kes yang tidak mempunyai
bukti yang cukup bagi membuat tangkapan.(SPRM). Malah yang lebih membimbangkan
lagi adalah satu kajian yang diadakan oleh Hasil kajian Institut Integriti
Malaysia mendapati bahawa 35.8% responden daripada 402 pelajar universiti
menyatakan perbuatan penerimaan hadiah dalam bentuk wang, barangan atau
perkhidmatan sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberikan bukan kesalahan
rasuah.(freemalaysiatoday) Perkara ini berlaku kerana anak-anak sudah diajar dari
kecil lagi untuk menjadi materialistik, perkara ini menjadi penyumbang kepada
berlakunya rasuah.(sinarharian) Sudah ditanam dalam fikiran anak-anak supaya
pergi ke sekolah untuk mendapat perkerjaan yang bagus, dan amatlah sukar untuk
bertemu dengan ibu bapa yang memberi nasihat kepada anak-anak supaya ke sekolah
untuk menjadi seorang yang baik.(sinarharian) Tanggapan tentang hadiah tersebut
yang boleh memudahkan hidup mereka, pelajar-pelajar universiti ini tidak nampak
akan helah di sebalik pemberian hadiah tersebut. Sikap integriti seharusnya
dipupuk sejak kecil lagi bagi memupuk sikap ketelusan semasa melakukan kerja.
Seandainya seorang insan itu mempunyai integriti yang tinggi, tidak sukar
baginya untuk mengenal pasti perbuatan rasuah. Gejala-gejala rasuah ini berlaku
apabila kebanyakan rakyat Malaysia menjadi jahil dan tidak mahu kenal tentang
apa maksud sebenar rasuah. Oleh sebab itu, sewajarnya rakyat Malaysia tidak
mengutamakan sikap materialistik semata dan mengambil jalan mudah untuk
mendapatkan kemewahan dunia.

Sungguhpun begitu, dalam usaha
untuk membanteras gejala rasuah daripada terus  berleluasa secara drastiknya dalam kalangan
rakyat Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah bekerjasama
bersama CTRA Production, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Seni Budaya
dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Istana Budaya untuk membuat sebuah
persembahan. Skrip teater ini sarat dengan mesej mengenai bahaya rasuah yang mampu
meruntuhkan sebuah kerajaan yang hebat seperti Kesultanan Melayu Melaka.(SPRM…)
Si Kitol yang merupakan watak antagonis diceritakan sebagai seseorang yang
menerima rasuah, perbuatannya itu menyumbang faktor dalam kejatuhan kesultanan
melayu Melaka. Walaupun terdapat kes rasuah pada zaman dahulu tetapi ia
bukannya budaya orang Malaysia. Majoriti rakyat Malaysia merupakan melayu yang
beragama Islam. Orang melayu menjalani kehidupan seharian mereka dengan
mengamalkan cara hidup Islam. Menurut syara’, rasuah tergolong dalam perbuatan
dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta
orang lain dengan jalan yang salah.(pmr.penerangan)  Perkara ini menunjukkan bahawa rasuah
bukannya budaya orang Malaysia. “Pastikan rasuah tidak jadi budaya” merupakan
tajuk yang diberikan kepada satu artikel surat khabar yang diterbitkan(printed)
oleh Utusan pada tahun 2008 berkenaan kes-kes rasuah yang dalam Malaysia.
Perkara ini menunjukkan bahawa rasuah bukan dan selamanya tidak akan menjadi
budaya rakyat Malaysia.

 

Rasuah bukannya sesuatu
fenomena yang berlaku di Malaysia sahaja, ia juga berlaku di negara-negara maju
seperti Singapura. Skandal rasuah yang melibatkan pembina terbesar pelantar di
Singapura iaitu Keppel Corp didapati bersalah atas tuduhan merasuah sebanyak
US$55juta untuk memenangi 13 kontrak bagi membuka pelantar baharu.(scmp).
Singapura merupakan negara yang dipandang tinggi oleh negara sekeliling kerana
kadar rasuahnya yang rendah. Malah, Singapura diiktirafkan tempat ke tujuh dalam
Transparency International’s Corruption
Perceptions Index. Singapura juga merupakan satu-satunya negara Asia yang
dinobatkan sebagai antara 10 yang terbaik dalam indeks negara paling kurang
rasuah. (singaporelegaladvice). Hal ini menunjukkan bahawa perbuatan buruk
rasuah ini boleh didapati di setiap ceruk dunia. Seandainya pemimpin-pemimpin
atasan didalam sebuah syarikat mengamalkan amalan rasuah ini, orang-orang
bawahan juga akan turut melakukan perbuatan yang sama kerana mereka menganggap
perkara itu merupakan perkara yang biasa untuk dilakukan semasa melakukan
perniagaan tersebut. Perkara ini boleh mewujudkan piramid rasuah, dan
mencetuskan lebih banyak masalah dan kes-kes rasuah dalam sektor perniagaan
tersebut. Jikalau pemimpin-pemimpin atasan Keppel Corp mendapatkan kontrak
tersebut dengan cara yang betul, pekerja-pekerja bawahan juga akan turut
mengikuti jejak langkah pemimpin terdahulu, perkara ini akan mengajar mereka
tentang integriti semasa melakukan tugas lantas mewujudkan lingkaran hiraki
yang tidak mengamalkan rasuah sebagai pembimbing hidup.

Malah, nada yang dibawa oleh
teks ucapan ini membawa mood serius. Mood ini sesuai dengan majis kerana
kebanyakan pendengar pada hari tersebut merupakan pekerja Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN). Tugas pekerja adalah untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan
memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan
penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan dan lain-lain. (Hasil)
Pekerja-pekerja LHDN akan banyak menguruskan hal-hal berkenaan duit.
Pekerja-pekerja LHDN boleh menjadi rambang mata lantas mengeleweng wang
tersebut untuk kepentingan sendiri. Mood serius yang dibawa menunjukkan bahawa
perkara ini bukan perkara main-main. Untuk menguatkan lagi contoh bahawa topik
yang dibawa merupakan sesuatu yang serius, Tuanku tidak ada menyelitkan
sebarang jenaka semasa baginda memberi ucapan tersebut. Selain itu, semasa
menyentuh topik rasuah ini, Tuanku banyak menggunakan kata-kata yang pendek dan
mudah difahami oleh pendengar untuk menceritakan impak rasuah ini mahupun
semasa ingin menyampaikan nasihat.

Bukti terakhir yang boleh didapati
di dalam teks ucapan baginda adalah pengunaan perkataan intergriti berulang
kali  digunakan didalam satu ayat dengan
perkataan rasuah. Tuanku menggunakan sebanyak sembilan kali, perkataan
integriti dan perkataan rasuah dalam satu ayat. Ini menunjukkan bahawa terdapat
unsur-unsur penagasan dalam topik ini. Tujuan pengulangan dan penegasan suatu
perkara adalah untuk menunjukkan pentingnya perkara tersebut. Dengan kata lain
tujuan pengulangan ini adalah untuk menggiring pendengar supaya menaruh
perhatian khusus terhadap perkara yang dimaksud. (http://www.islamquest.net,
2015).

 

 Integriti
dapat mengukuhkan ekonomi

Dalam ucapan baginda Sultan Nazrin Shah bertitah
 bahawa “ketiadaan integriti semasa melakukan kerja akan membantut
perkembangan ekonomi negara”. Perkara ini boleh dilihat daripada penyelewengan
wang zakat oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan wang
tersebut demi kepentingan diri sendiri.(agendadaily). Amil zakat merupakan
orang tengah yang akan menyampaikan duit pemberi zakat kepada orang yang
berhak, seseorang yang dianggap mulia disisi masyarakat. Perbuatan yang tidak
patut diteladani ini memusnahkan kepercayaan masyarakat terhadap insitutusi
zakat Malaysia. Apa yang lebih membimbangkan adalah, wang-wang zakat yang
seharusnya digunakan bagi membantu fakir-fakir miskin untuk memudahkan
kehidupan seharian mereka diseleweng oleh pihak-pihak ini dengan berbelanja
boros terhadap benda-benda yang tidak berfaedah seperti membeli jam tangan
berjenama. Perkara ini tidak akan berlaku seandainya amil-amil zakat tersebut
mempunyai integriti yang tinggi. Duit tersebut seharusnya membantu fakir-fakir
miskin mahupun pelajar meringankan beban hidup mereka. Malah, terdapat zakat
untuk pelajar yang dibekalkan oleh setiap negeri bagi pelajar yang ingin
menyambung pelajaran dalam Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak kira latar
belakang keluarga.  Pelajar yang belajar di IPT tidak lagi ditanggung oleh
keluarga mereka, dengan demikian tujuan duit zakat tersebut diberikan bagi
meringankan beban kehidupan pelajar di IPT. Walaupun duit tersebut dilihat
sedikit apabila dibandingkan dengan kos kehidupan pelajar sepanjang tempoh
pengajiannya, seandainya duit tersebut digunakan secara berhemah ia akan
membantu kehidupan pelajar bagi menghadapi dugaan IPT. Malah, lebih daripada
separuh pertumbuhan KDNK sepanjang dekad yang lalu adalah disebabkan dengan
peningkatan pendapatan pekerja di kalangan individu yang berpendidikan tinggi.
(OECDiLibrary). Perkara ini menunjukkan bahawa seandainya duit tersebut
digunakan secara bijak, ia bukan sahaja dapat membantu fakir miskin dan
pelajar-pelajar, tetapi ia juga dapat meningkatkan KDNK negara dalam masa yang
akan datang.

 

 Selepas
sebulan berpuasa dan menunaikan fardu zakat,, orang melayu akan menyambut hari
raya puasa, bagi mereka yang sudah bekerja, pemberian sampul dan duit raya
kepada yang lebih muda dijadikan budaya bagi masyarakat melayu Malaysa.
Manakala orang cina pula akan memberi Lai See ataupun
lebih dikenali dengan panggilan angpao, angpao ini diberi oleh yang tua(senior)
kepada muda(junior). Malah amalan memberi angpao juga semakin popular di
kalangan rakyat india semasa menyambut perayaan Deepavali (azmirshah). Hal ini menyebabkan amalan memberi ini sudah sebati dengan kehidupan
masyarakat di Malaysia. (utusan)  Pemberian wang bukan sahaja
diberikan kepada kaum sejenis tetapi ia juga diberikan kepada orang yang berbeza
kaumnya. Pemberian wang ini dapat menggalakkan sikap kunjung-mengunjung.
Aktiviti rumah terbuka juga kian meningkat kebelakangan ini antara tiga kaum utama di Malaysia Cina,
Melayu dan India yang menjemput hadir masyakarat yang
berbilang kaum (azmirshah). Perkara ini secara tak langsung akan menguatkan
lagi ikatan silaturahim antara kaum.  Apabila hubungan antara kaum menjadi
lebih kukuh, perdagangan antara kaum yang berbeza juga akan bertambah,
pembelian barang tempatan akan menyebabkan peredaran wang
tersebut hanya berlaku dalam negara Malaysia sahaja  lantas menguatkan lagi ekonomi negara. (times)

 Sultan Nazrin Shah turut bertitah bahawa, “pelaku rasuah kategori kedua
merupakan seseorang yang melakukan rasuah bukan disebabkan menghadapi beban
tekanan hidup. Pelaku rasuah kategori ini melakukannya kerana didorong sifat
tamak – sifat haloba.”  Baginda turut menggunakan gaya bahasa Anafora
iaitu pengulangan kata di awal baris dalam frasa tersebut. Pengulangan kata
pelaku rasuah, menunjukkan bahawa tuanku ingin memberi penegasan terhadap
perkataan tersebut. Tuanku juga bijak meletakkan gaya bahasa tersebut kerana
pengulangan tersebut dapat menimbulkan keindahan irama dalam ayat yang
dititahkan supaya mudah diingati oleh pendengar dan diberi perhatian oleh
pendengar. Pesalah rasuah kategori kedua ini diberi perhatian yang lebih kerana
pesalah ini dapat mendorong piramid amalan rasuah dan akan menyebabkan
berlakunya jurang ketidakadilan dalam gaji. ( income inequality) (tambah impak
income inequality)

 

Menurut Warren Buffet seseorang yang bilionair yang
terkenal bahawa “Seandainya mahu memilih seseorang untuk bekerja, pilih jikalau
sesorang itu mempunyai tiga ciri-ciri ini: Berintegriti, bijak dan bertenaga.
Seandainya dia tidak mempunyai ciri-ciri pertama itu, kedua-dua ciri seterusnya
akan membunuh anda”. Perkara ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya sikap
integriti bagi pihak atasan yang ingin mengambil pekerja baharu. Intigriti
seseorang pekerja itu boleh menjadi punca utama dia berjaya mahupun gagal dalam
dunia pekerjaan. Kata-kata Warren Buffet tersebut menjadi garis panduan untuk
majikan bagi mencari pekerja.(economist) Perkara ini amat penting kerana
seandainya majikan tidak sanggup mengambil pekerja kerana dia tidak mencukupi
kriteria yang ditetapkan, kadar pengangguran negara akan meningkat, malah ia
akan meningkat daripada kadar pengangguran semulajadi (natural rate of
unemployment). Ini akan mendorong ekonomi negara kepada kemelesetan.(recession)
Syarikat mahukan pekerja yang berintegriti kerana ia dapat meningkatkan produktiviti syarikat. Perkara ini
akan meningkatkan keuntungan syarikat. Syarikat yang mendapat keuntungan yang
tinggi juga akan membayar kadar cukai yang lebih tinggi.  Duit cukai
tersebut boleh diguna pakai oleh kerajaan dan membelanjakan duit tersebut
kepada sesuatu yang boleh dimanfaatkan semua orang. Perbelanjaan negara
termasuk dalam kiraan KDNK, jadi dengan meningkatkan produktiviti syarikat, ia
secara tidak lansung akan menigkatkan KDNK negara.

 

Selain itu, sikap mengabaikan integriti ini akan
mendorong berlakunya salah guna kuasa. Perkara ini boleh dilihat daripada
pelbagai lapisan masyarakat. Baginda bertitah bahawa, “Doktor, yang berada
dalam kategori profesional, turut bersubahat melakukan penipuan, bukan
mengeluarkan sijil sakit tetapi sebenarnya menjual cuti sakit kepada orang yang
tidak sakit”. Ditambahnya lagi, “peranan asal cuti sakit, semakin disalah guna;
dijadikan instrumen untuk tidak hadir bekerja; malah setelah memperoleh cuti
sakit, pihak yang terlibat tidak langsung berasa bersalah untuk berseronok
melancong atau bersuka ria bersama famili dan kawan-kawan”. Dalam ucapan
tersebut, baginda meletakkan tanda baca koma bagi menandakan tempat
berhenti sebentar ketika membaca, perkara ini menunjukkan bahawa bagindan ingin mewujudkan bahawa supaya pendengar
dapat memberi lebih perhatian dan menghadam kata-kata baginda dengan lebih
mudah. Majikan di negara ini juga dianggarkan kerugian sehingga RM8 bilion
setahun akibat perbuatan pekerja mengambil cuti sakit palsu yang diniagakan
oleh klinik dan pusat kesihatan. (Azmi, 2014). Perkara ini menyebabkan
berlakunya kehilangan RM 8 billion ringgit daripada ekonomi Malaysia. Kerugian
besar itu melibatkan kos pembayaran gaji pekerja yang bercuti sakit, kos
perubatan serta kos menggantikan pekerja yang mengambil cuti sakit. (Azmi,
2014). Statistik pihak CUEPACS pula menyaksikan tiga peratus dari kakitangan
awam mengambil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja. (Azmi, 2014) Ini
menunjukkan bahawa 97 peratus yang lain mengambil cuti sakit kerana mereka
merasakan mereka perlu berehat.

 

Dalam pada itu,  diktator selalunya dikenali
sebagai seseorang yang mengambil hasil negara bagi kepentingan diri sendiri dan
negara yang mengamalkan rejim ditaktor ini akan menyebabkan sektor awam menjadi
lemah dan menyebabkan kadar pengangguran meningkat. Kebanyakan negara yang
mempunyai rejim diktator ini mempunyai kadar rasuah yang tinggi.(forbes)
Perkara ini juga akan menyebabkan pelabur-pelabur besar dunia tidak mahu
melabur di negara tersebut dalam negara tersebut kerana keadaan yang tidak
menentu. Jikalau dibandingkan negara yang paling banyak dan kurang rasuah,
dilihat bahawa negara yang paling kurang rasuah mempunyai ekonomi yang lebih
besar. Sebagai contoh daripada 21 negara paling tinggi kadar rasuahnya, 19
daripadanya mempunyai kadar KDNK kurang daripada $100 bilion. Manakala bagi 21
negara yang paling kurang kadar rasuahnya, hanya 4 sahaja yang mempunyai
ekonomi yang kurang daripada $100 bilion
(forbes)

 

Integriti dapat menjamin kestabilan politik

Tuanku Sultan Nazrin bertitah bahawa, “salah guna
kuasa tidak sekadar perbuatan seorang individu tetapi melambangkan kelemahan
sesebuah kerajaan”. Baginda menggunakan ayat tersebut bagi menunjukkan
bagaimana perbuatan seorang individu itu dilihat sebagai sesuatu perbuatan yang
mencalar imej negara. Salah guna kuasa berlaku apabila seseorang individu itu
mempunyai integriti yang goyah. Perbuatan yang tidak patut dibanggakan ini
boleh menjadi punca pergolakan kerajaan dan campur tangan negara luar dalam urusan
negara. Perkara ini berlaku kerana semua pihak mengganggap bahawa kerajaan
tersebut sudah goyah dan mengambil cara sendiri untuk menyelesaikan untuk
menyelesaikan ataupun mengambil kesempatan keatas perkara tersebut.

Selain itu, baginda turut menyatakan bahawa
seandainya perbuatan rasuah ini tidak dibendung secepat mungkin, dikhuatiri
bahawa akan berlakunya piramid rasuah. Piramid rasuah ini berlaku apabila orang
atasan memberi suapan rasuah kepada orang bawahannya dan orang bawahan itu
memberi rasuah kepada orang yang berkedudukan lebih daripadanya dalam sistem
hiraki, perkara ini berlanjutan sehinggalah ia berhenti pada seseorang yang
berkedudukan yang paling rendah dalam hiraki tersebut. Perbuatan rasuah ini
memberi impak yang buruk kepada masyarakat sosial, Apabila orang bawahan iaitu
pekerja buruh melihat perkara ini, mereka lantas berfikir bahawa ia tidak
menjadi masalah bagi seseorang itu untuk menerima rasuah ataupun menghulurkan
rasuah. Lantas, kualiti kerja yang ditunjukkan oleh pekerja-pekerja buruh juga
berkurangan kerana mengharapkan wang sogokan daripada kontraktor, kerja yang
dibuat hanyalah asalkan siap, seandainya tidak diberi wang suapan untuk
meluluskan kerja, pasti akan timbul masalah terhadap projek tersebut. Seorang
Datuk Bandar di Rusia yang bernama Yuri Luzhkov disyaki menduduki di tempat
teratas piramid rasuah yang melibatkan polis Rusia, ahli politik dan juga kumpulan jenayah.(guardian). Yuri mempunyai pelindungan dari pelbagai
pihak menyebabkan sukarnya untuk dia disabitkan kesalahan dan dibawa ke
mahkamah. Akibat perbuatan ini tidak dibendung semasa ia masih berjinak-jinak,
apabila ia sudah menjadi liar dan tidak terkawal, amat sukar bagi kerajaan
Rusia untuk menghapuskan perbuatan rasuah ini. Perkara ini akan menyukarkan
lagi bagi kerajaan yang memerintah untuk membasmi rasuah secara 100%. Akibat
murahnya maruah harga integriti seseorang insan tersebut, perbuatan rasuah ini
bakal menggugat kestabilan politik negara kerana harga kesetiaan mereka
terletak hanya pada mata wang dan status.

 

Dalam pada itu, baginda Sultan Nazrin turut
bertitah bahawa “dunia menuntut kepada amalan integriti, terutamanya di
kalangan pemimpin tertinggi”. Tambah baginda lagi, “ia tunggak untuk membina
budaya tadbir urus yang baik”. Bagi menerapkan budaya berintegriti ini kerajaan
di kalangan kakitangan awam, kerajaan telah mewujudkan tonggak 12. Tonggak 12
adalah dasar, panduan dan pokok kepercayaan yang menjadi asas sesuatu tindakan
yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan perkhidmatan awam di semua
peringkat. 9 daripada 12 tonggak tersebut terselit amalan berintegriti.
Menghargai Masa, ketekunan membawa kejayaan, kemuliaan kesederhanaan,
ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, kewajipan menjalankan tugas,
kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran dan juga pengaruh teladan merupakan
9 tonggak yang mempunyai amalan berintegriti.

Selain itu, tugas pemilihan kerajaan ini jatuh
kepada rakyat kerana Malaysia merupakan negara yang mengamalkan konsep
demokrasi berparlimen. Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan
yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri.
Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri(demokrasiberpalimen.com). Dalam pada
itu, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu,
Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain.(esepia) Semua warganegara yang
memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan
pendapat dan kritikan, dengan cara ini pemilihan calon dalam pilihanraya juga
adalah bebas dan adil. Semua pihak memainkan peranan bagi memilih pemimpin yang
dilihat layak memimpin mereka dan bukannya tugas satu kaum sahaja untuk memilih
pemimpin bagi memerintah negara. Kesanggupan semua rakyat untuk hidup bersama
antara kaum yang berbeza dan memilih pemimpin dapat melahirkan keharmonian
antara kaum. Hal ini demikian akan secara tidak langsung mewujudkan suasana
yang aman dalam politik. (esepia) Seandainya rakyat suka akan pemimpin yang
dipilih, kestabilan politik akan terjaga.

Pada waktu yang sama, baginda turut bertitah
bagaimana ayah kandungnya sendiri iaitu Hakim Raja Azlan Shah menunjukkan
integriti yang tinggi dimana almarhum sebagai seorang hakim menjatuhkan hukuman
kepada kenalannya sendiri iaitu Dato’ Harun Idris. Hal ini menunjukkan bahawa almarhum
merupakan seseorang yang mempunyai nilai integriti yang tinggi dimana baginda
tidak mengutamakan kepentingan politik dengan meletakkan kewajiban tugasnya
sebagai seorang hakim ketepi. Perkara ini menimbulkan persoalan mengapa
seseorang hakim mahupun ahli politik perlu berintegriti semasa melakukan tugas.
Seandainya seorang hakim menerima rasuah, perbuatan ini akan membuatkan
masyarakat Malaysia sendiri sangsi dengan undang-undang negara. Malahan,
pandangan rakyat Malaysia terhadap Perlembagaan Malaysia akan menjadi utuh.
Perkara ini boleh mengakibatkan campur tangan negara luar dalam hal perundangan
negara Malaysia, secara tidak lansung akan mengurangkan kuasa pemerintah negara
lantas mengoyahkan kestabilan politik. Selain itu, ahli Dewan Rakyat juga sewajarnya
menjauhi rasuah sama sekali, hal ini kerana ahli Dewan Rakyat merupakan
seseorang yang dipilih oleh rakyat semasa pilihan raya umum. Rakyat menuntut
mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa supaya bersifat amanah, telus,
bertanggungjawab, serta benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan
negara.(bacalahmalaysia) Rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang
bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Amalan rasuah ini akan menghapuskan kepercayaan
lantas menyebabkan berlakunya rusuhan. Rusuhan yang tidak terkawal bukan sahaja
mampu menggugat kestabilan politik malahan kestabilan sebuah negara. 

Go Top
x

Hi!
I'm Rita!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out