Teori mengatakan bahawa penanda dilihat sebagai bentukTeori mengatakan bahawa penanda dilihat sebagai bentuk

Teori semiotik telah diperkenalkan oleh
Ferdinand de Saussure dan beliau merupakan pengasas semiologi. Manakala Pierce
pula dikenali sebagai pengasas semiotik. Menurut kepada Danesi (2004),
kedua-duanya mempunyai persamaan dalam menganalisa kerana ianya berkenaan dengan
tanda namun melalui pendekatan yang berbeza. Merujuk teori Ferdinand de
Saussure, kajian mengenai tanda tidak terkecuali daripada dua perkara iaitu signifier (tanda) dan signified (penanda). Berbeza pula
pendapat bagi Peirce yang mengetengahkan tiga perkara iaitu ikon, indeks dan
simbol (Danesi, 2004).

Peirce mengemukakan tanda adalah sesuatu
yang berbentuk fizik yang dapat dikenali atau dirasai oleh pancaindera manusia
khususnya pada bahagian mata (Ghazali Daimin, 2015). Menurut Ghazali Daimin
(2015), Peirce mengatakan tanda terdiri daripada simbol yang terjadi melalui
hasil daripada kesepakatan, ikon terjadi melalui hasil daripadi ilmu fizik dan
indeks terjadi melalui hasil daripada hubungan sebab dan akibat. Elemen interpretant atau pengguna tanda
merupakan konsep pemikiran daripada seseorang yang menggunakan sesuatu tanda. Sehubungan
itu, tanda tersebut mempunyai satu makna yang ingin disampaikan kepada orang
lain (Ghazali Daimin, 2015). Contohnya, seorang gadis memakai baju kurung menampakkan
dia sebagai simbol gadis Melayu pada pandangan orang ramai.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Menurut Ghazali Daimin (2015), Saussure
mengatakan bahawa penanda dilihat sebagai bentuk atau corak (seperti bentuk fizik)
melalui seni bina manakala petanda dikatakan sebagai sesuatu makna yang wujud
melalui konsep, fungsi dan nilai-nilai yang ada di dalam karya seni bina.
Kewujudan elemen semiotik yang diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure ini
merupakan hubungan antara ‘petanda’ dan ‘penanda’ atau berdasarkan kebiasannya
dikenali sebagai ‘signifikasi'(Ghazali Daimin, 2015). Semiotik signifikasi boleh
dianggap sebagai satu sistem berasaskan peraturan kesepakatan sosial. Ianya
diperlukan dalam penghuraian maksud bagi kategori semiotik. Dalam hubungan
berkomunikasi, seseorang akan menggunakan sign
(tanda) untuk memberikan maksud mengenai objek dan penerima akan memahami tanda
tersebut. Saussure menggelar objek itu sebagai referent iaitu mempunyai maksud yang lebih kurang sama seperti yang
dinyatakan oleh Peirce bahawa interpretant
adalah untuk signified dan objek pula
sebagai signifier. Namun perbezaannya
di sini, Saussure mengatakan ‘objek’ sebagai rujukan serta sebagai unsur
tambahan dalam proses penandaan. Contoh yang boleh diberi, seseorang menyebut
perkataan anjing (signifier) dalam
nada marah (Ghazali Daimin, 2015). Sejurus itu, hal tersebut adalah merupakan
tanda (signified).

Menurut Stokes (2003), analisa semiotik
bermula dengan definisi objek analisa dan pengumpulan teks (kumpulan tanda)
yang akan dianalisa. Seterusnya, tanda-tanda yang ada di dalam iklan yang telah
dikaji akan disenaraikan. Analisa semiotik dilakukan terhadap tanda-tanda
tersebut akan meliputi analisa yang terdiri daripada bentuk, warna, gambar dan
tulisan. Pada peringkat seterusnya, hasil analisa tersebut akan dihuraikan oleh
pengkaji sebagai sebuah interpretasi dari teori tanda Peirce.